Kamis, 04 Desember 2014

WIRID MOHON KEKAYAAN

  Amalan wiridnya
“YAA GHANIYYU YAA MUGHNII”

(WAHAI TUHAN YANG MAHA KAYA DAN YANG MEMBERI KEKAYAAN)

Untuk menjadi kaya, kita di wajipkan berusaha, usaha apa saja asal melalui jalan yang diredhai oleh Allah. Namun begitu, terdapat juga orang yang telah giat berusaha, namun usahanya itu sia-sia saja. Tidak menambah kebaikan dan kekayaan dalam hidupnya bahkan sebaliknya menambah kesengsaraan. Ini menunjukkan bahawa apa yang diusahakan itu kurang mengandungi berkah. Maka agar supaya usaha itu boleh berhasil, hendaklah memohon kepada Allah kerana Allah sahaja yang Maha Kaya, sehingga hanya Dia yang dapat dan berhak memberi kekayaan kepada seluruh hamba – Nya. Salah satu cara adalah dengan mengamalkan petunjuk di bawah ini:

1. Melakukan solat hajat dua raka’at setiap malam sekitar jam 1.00p.m. ke atas. Lakukan dengan penuh kekhusyu’kan.

2. Selesai solat hajat lalu membaca wirid Al-Asmaul Husna di bawah ini sebanyak 1000 kali. Insya’Allah, Tuhan segera mengabulkan hajatnya dengan berbagai jalan yang tak disangka-sangka dan mudah dilakukan.

Inilah wirid Al Asmaul Husna yang dibaca:

“YAA GHANIYYU YAA MUGHNII” x 1000.

( Wahai Tuhan Yang Maha Kaya dan Yang Maha Memberi Kekayaan )
amalkan secara rutin dan amalkan dengan hati yang istiqomah serta disertai keyakinan yang kuat,Insya Allah pintu rezeki anda akan terbuka lebar dan mendapat kemudahan dalam memperoleh rezeki.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar